Pulau Perhentian ialah salah satu destinasi percutian yang paling popular di Malaysia. Ia terletak di Laut China Selatan kira-kira 21 km dari Kuala Besut, Terengganu. Pulau Perhentian terkenal kerana kecantikan alam semulajadinya seperti pantai berpasir yang putih bersih, air laut yang jernih, laut disekitarnya yang kaya dengan coral menarik, berbagai jenis ikan dan kehidupan laut yang sangat cantik serta hutannya yang masih belum tercemar. Faktor tersebut menjadikan Pulau Perhentian lokasi idaman percutian sesiapa sahaja samada keluarga, kumpulan atau individu. Anda boleh mengunjungi pulau ini secara pakej percutian atau merancang percutian bajet sendiri. Bagi sesiapa yang berminat untuk bercuti ke Pulau Perhentian, disini kami kongsikan sedikit maklumat sebagai rujukan anda.
Pulau Perhentian terbentuk dari dua pulau utama iaitu :
1) Pulau Perhentian Besar
2) Pulau Perhentian Kecil
1) Pulau Perhentian Besar
Pulau Perhentian Besar ialah lokasi utama percutian di sini. Terdapat banyak resort menarik yang menawarkan pelbagai pakej untuk pelancong terutama pakej snorkelling dan juga scuba diving termasuk khusus penuh bagi mendapatkan sijil PADI bagi sesiapa sahaja yang berminat untuk menyelam ke kawasan yang lebih dalam dan menarik.
Jika anda sekadar ingin berehat dan menikmati keindahan di Pulau Perhentian, anda tidak perlu risau kerana hampir semua resort terletak di kawasan pantai menarik yang ada di pulau ini. Jika anda ingin bersiar-siar di sekitar pulau, ada jalan-jalan kecil yang menghubungkan beberapa resort berdekatan. Bagi melihat keindahan pulau, lebih mudah jika menggunakan perkhidmatan bot yang disediakan.
Pulau Perhentian Besar sesuai untuk percutian keluarga, bulan madu, khusus dan lain-lain. Antara, Resort dan Chalet di Pulau Perhentian Besar ialah :
- Perhentian Island Resort
- Coral View Resort
- Paradise Watercolour Resort
- Tuna Bay Resort
- Fauna Beach Chalet
- New Cocohut Chalet
Tarikan di Pulau Perhentian Besar
Kebanyakan aktiviti disini ialah aktiviti laut. Contohnya, snorkelling,scuba diving dan berkayak. Pulau Perhentian Besar cuma ada dua pantai yang menjadi tumpuan para pengunjung iaitu Teluk Dalam dan Turtle Creek Bay.
Scuba diving adalah antara aktiviti yang popular di kalangan pelancong. Pelancong boleh menyelam bersama penyu dan ikan yu. Antara lokasi menyelam yang popular ialah Tokong Burung, Batu Nisan dan The Sugar Wreck.
Bagi pelancong yang tidak mahir melakukan aktiviti menyelam (Scuba Diving), para pelancong juga boleh melakukan aktiviti snorkeling di Teluk Pauh, Shark Point dan Tanjung Besi. Pelancong juga boleh berenang bersama penyu di Turtle Point.
2) Pulau Perhentian Kecil
Pulau Perhentian Kecil merupakan sebuah pulau peranginan yang menarik. Beberapa pantai yang cantik dan lokasi snorkelling terdapat disini. Pulau ini mempunyai banyak resort dan chalet yang menawarkan harga penginapan yang lebih murah berbanding Pulau Perhentian Besar. Lantaran itu, ia juga terkenal dikalangan pelancong yang digelar sebagai backpackers dan lebih sesuai untuk pakej pelancongan bajet.
Tiada jalinan jalanraya melainkan hanya jalan kecil yang merentas hutan di pulau ini. Jadi, untuk kemana-mana lokasi, pengunjung boleh melalui jalan hutan atau menyewa bot untuk ke Pulau Perhentian Besar bagi melihat tempat-tempat yang menarik disana.
Pulau Perhentian Kecil menjadi tumpuan pelancong backpackers atau pelancong yang tidak membuat tempahan penginapan. Kos penginapan di Pulau Perhentian Kecil lebih murah dan sesuai untuk percutian bajet. Antara Resort dan Chalet di Pulau Perhentian Kecil ialah :
- Butterfly Chalet
- Moonlight Chalet
- Lily Beach Chalet
- Impiani Watercolours Resort
- LuLu Long Beach Resort
Island Cruises |
Memancing |
Jungle Treckking |
Bagaimana Caranya Untuk ke Pulau Perhentian ?
Anda boleh menaiki Malaysia Airlines, Air Asia dan Firefly dari destinasi anda ke Kuala Terengganu Airport atau Kota Bharu Sultan Ismail Petra Airport. Destinasi anda adalah Kuala Besut dimana feri untuk ke Pulau Perhentian disediakan.
Jika anda menggunakan pengangkutan awam, anda boleh menaiki bas terus ke Kuala Besut. Jika tiada perkhidmatan bas terus ke Kuala Besut dari tempat anda, anda boleh sama ada ke Kuala Terengganu atau ke Kota Bahru (bergantung pada lokasi yang berhampiran dengan anda)
Kemudian, anda boleh terus mengambil teksi terus ke Kuala Besut. Menaiki feri ke Pulau Perhentian Besar atau Pulau Perhentian Kecil mengambil masa perjalanan lebih kurang sejam untuk sampai ke destinasi. Seterusnya, di Pulau Perhentian Besar, anda boleh menaiki bot untuk ke resort penginapan pilihan anda atau berjalan kaki melalui jalan hutan untuk ke resort tersebut.
Jika anda memandu sendiri dari destinasi anda terus ke Jeti Merang bagi meletakkan kenderaan anda disana. Dari Jeti Merang anda akan mengambil bot untuk ke Jeti Kuala Besut.
Nota/Peringatan : Feri ke Pulau Perhentian tidak sebesar feri Pulau Langkawi. Biasanya ia cuma boleh memuatkan lebih kurang 20 orang penumpang sahaja. Bot akan melambung dan berayun apabila merempuh ombak besar. Penumpang dinasihatkan agar, mengambil ubat mabuk laut sebelum perjalanan menaiki feri. Wanita mengandung juga tidak digalakkan kerana dikhuathiri akan membahayakan kandungan.
Harga Tambang Bot Pergi Balik ke Pulau Perhentian :
Dewasa : RM70
Kanak-kanak : RM35
Pulau ini tiada jeti. Anda perlu membayar RM5 kepada bot kecil yang akan menyambung perjalanan anda dari pesisir laut ke pulau. Bot kecil inilah akan membawa anda ke pantai.
Jadual Bot Laju di Pulau Perhentian :
Kuala Besut ke Pulau Perhentian : 9.00 pg hingga 4.30 ptg
Pulau Perhentian ke Kuala Besut : 8.00 pg, 12.00 tghari dan 4.00 ptg
Waktu Pulau Perhentian Ditutup :
Pulau Perhentian ditutup pada samasa musim tengkujuh iaitu bulan Oktober hingga Mac pada setiap tahun. Ini kerana, pada waktu ini musim monsoon melanda pantai timur. Kemudahan penginapan, semua aktiviti pantai dan pengangkutan bot dan feri terpaksa dihentikan.
Waktu dan perancangan yang terbaik untuk ke sini ialah pada bulan April hingga September.
Peta Pulau Perhentian :
Antara Pakej Percutian Menarik Pulau Perhentian :
Bahtera Kembara Holidays
Instagram : Pakejmelancongmurah
Hubungi : 019 - 9499 617
Pakej 3H2M Pulau Perhentian
Resort : Flora Bay Resort, Perhentian Besar
Tarikh : Boleh pilih sendiri
Syarat Minimum : 2 orang
Harga Pakej : Dari RM 240 seorang
Pakej Termasuk :
Kuala Besut ke Pulau Perhentian : 9.00 pg hingga 4.30 ptg
Pulau Perhentian ke Kuala Besut : 8.00 pg, 12.00 tghari dan 4.00 ptg
Waktu Pulau Perhentian Ditutup :
Pulau Perhentian ditutup pada samasa musim tengkujuh iaitu bulan Oktober hingga Mac pada setiap tahun. Ini kerana, pada waktu ini musim monsoon melanda pantai timur. Kemudahan penginapan, semua aktiviti pantai dan pengangkutan bot dan feri terpaksa dihentikan.
Waktu dan perancangan yang terbaik untuk ke sini ialah pada bulan April hingga September.
Nota Untuk Pengunjung :
Anda ingin menjenguk pulau ini tanpa bermalam? Ya, boleh kalau anda tidak mahu bermalam di pulau. Cuma pastikan anda masuk ke sini awal dan pulang sebelum bot terakhir berlepas.
Pastikan anda bawa wang secukupnya. Siap sedia dengan beg kalis air, sunscreen dan pakaian/selipar yang “mesra-laut” sebelum menaiki bot ke sini lagi. Anda akan ditinggalkan oleh bot di tepi pantai, dan perlu ke sana dengan meredah air laut setinggi betis.
Anda ingin menjenguk pulau ini tanpa bermalam? Ya, boleh kalau anda tidak mahu bermalam di pulau. Cuma pastikan anda masuk ke sini awal dan pulang sebelum bot terakhir berlepas.
Pastikan anda bawa wang secukupnya. Siap sedia dengan beg kalis air, sunscreen dan pakaian/selipar yang “mesra-laut” sebelum menaiki bot ke sini lagi. Anda akan ditinggalkan oleh bot di tepi pantai, dan perlu ke sana dengan meredah air laut setinggi betis.
Peta Pulau Perhentian :
Antara Pakej Percutian Menarik Pulau Perhentian :
'Backpackers Package'
|
'Full Board Packages' |
Instagram : Pakejmelancongmurah
Hubungi : 019 - 9499 617
Pakej 3H2M Pulau Perhentian
Resort : Flora Bay Resort, Perhentian Besar
Tarikh : Boleh pilih sendiri
Syarat Minimum : 2 orang
Harga Pakej : Dari RM 240 seorang
Pakej Termasuk :
- Speed Boat pergi dan balik dari jeti ke pulau
- Penginapan 2 malam
- Snorkeling Trip 4 point
- Snorkeling Guide
- Snorkeling Equipment
- Makanan ikan
- Air minuman setiap seorang
- Pengangkutan dari tempat anda ke jeti
- Marine fee RM 5 seorang
- Makanan dan minuman (bajet RM 10 sekali makan)
Antara Tempat Menarik Lain di Terengganu :
1. Muzium Negeri Terengganu (Muzium Losong)
Untuk mengenali kebudayaan, sejarah dan warisan Terengganu, anda boleh mengunjungi Muzium Negeri Terengganu yang terletak diatas Bukit Losong, Kuala Terengganu. Muzium yang sangat besar dan menarik ini menyimpan berbagai artifek dan khazanah negeri Terengganu.
Tiket Masuk ke Muzium Negeri Terengganu
Warganegara Malaysia
Dewasa : RM 5.00
Kanak-Kanak (7 - 15 tahun) : RM 2.00
Kanak-kanak Sekolah : RM 1.00 (berpakaian seragam)
Bukan Warganegara
Dewasa : RM 15.00
Kanak-kanak : RM 10.00
Waktu Operasi
Sabtu - Khamis : 9.00 am - 5.00 pm
Jumaat : 9.00 am - 12.00 pm dan 3.00 pm - 5.00 pm
Hari Kelepasan Am : 9.00 am - 5.00 pm
**Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha (ditutup pada Hari Raya Pertama & Kedua sahaja)
Alamat
Lembaga Muzium Negeri Terengganu,
Bukit Losong,
20566 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
2. Taman Tamadun Islam (TTI)
Alamat
Lembaga Muzium Negeri Terengganu,
Bukit Losong,
20566 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
2. Taman Tamadun Islam (TTI)
Taman tema yang berkonsepkan senibina Islam ini adalah mercu tanda pelancongan di Terengganu yang mesti anda kunjungi. Disini terdapat pelbagai monumen dan replika tamadun Islam seperti masjid dan peninggalan senibina Islam lain. Anda tidak perlu ke luar negara untuk melihat secara dekat rekabantuk monumen tamadun Islam. Hanya boleh saksikan di sini dimana setiap monumen seperti masjid dan pelbagia lagi dibina dengan saiz kecil. Sangat sesuai untuk menambahkan ilmu pengetahuan dengan membawa anak-anak ke sini.
Dewasa : RM 21.00
Warga Emas (60 tahun keatas) : RM 16.00
Kanak-kanak (7 - 12 tahun) : RM 16.00
Waktu Operasi
Isnin - Khamis :10.00 am -7.00 pm
Jumaat, Sabtu, Ahad : 9.00 am - 7.00 pm
Cuti Sekolah & Cuti Umum : 9.00 am - 7.00 pm
Tarikan Baharu 2016 di TTI
- Crystal Cruise 2
- Light & Sound
- Terengganu River Ride
Alamat
Taman Tamadun Islam,
Pulau Wan Man,
Losong Panglima Perang,
21000 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
3. Bukit Puteri
Alamat
Tarikan Baharu 2016 di TTI
- Crystal Cruise 2
- Light & Sound
- Terengganu River Ride
Alamat
Taman Tamadun Islam,
Pulau Wan Man,
Losong Panglima Perang,
21000 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
3. Bukit Puteri
Jika anda pergi ke Kuala Terengganu, salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi adalah Bukit Puteri. Dari atas bukit ini anda boleh menikmati panorama Kuala Terengganu dengan lebih jelas.
Selain merasa angin bukit, di sini anda juga boleh mengimbau kembali sejarah negeri Terengganu. Antara tinggalan sejarah yang menarik yang ada di Bukit Puteri adalah Genta Besar (Loceng), Rumah Api, Meriam, kubu, tiang bendera serta kubur-kubur lama.
Bukit Puteri,
Jalan Sultan Zainal Abidin,
Kampung Panglima,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
4. Masjid kristal
Masjid Kristal merupakan sebuah Masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu. Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca Al-Quran elektronik.
Pulau Wan Man,
21000 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
5. Kompleks Kraf Noor Arfa
4. Masjid kristal
Alamat
Pulau Wan Man,
21000 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
5. Kompleks Kraf Noor Arfa
Kalau anda mahu mencanting batik, Noor Arfa mempunyai tukang-tukang mahir yang boleh membantu. Anda akan diajar pelbagai teknik sehingga anda boleh mencanting karya batik anda sendiri untuk dibawa pulang. Untuk tempahan kelas atau membuat sebarang urusan maklumkan terlebih dahulu pihak Arfa Batik bagi memudahkan urusan kedua belah pihak.
Alamat
Kawasan Perindustrian Chendering,
21080 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
6. Pasar Payang
Ada pelbagai barangan yang murah. Ramai pengunjung luar Terengganu datang ke sini kerana mahu membeli beberapa jenis barang dengan harga yang jauh lebih murah berbanding negeri lain. Anda juga masih boleh tawar menawar harga.
**Payang Walk - Jumaat, Sabtu dan Ahad : 5.00 pm - 12.00 am.
Alamat
Pasar Besar Kedai Payang,
20000 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
7. Rantau Abang
Pantai Rantau Abang sering dikunjungi orang ramai kerana pantainya yang cantik, airnya yang jernih serta sesuai untuk aktivti mandi manda serta berkelah. Jika anda bernasib baik, anda boleh berjumpa dengan penyu yang mendarat untuk bertelur. Antara tempat menarik lain di Rantau Abang adalah Bukit Penyu yang terletak di Bukit Che Hawa, Dungun.
Alamat
Rantau Abang,
23050 Dungun,
Terengganu Darul Iman.
8. China Town
Terletak di Kuala Terengganu (berdekatan dengan Sungai Terengganu), China Town merupakan salah satu tumpuan para pengunjung yang datang ke sini. Bangunan-bangunan di sini juga agak menarik (best untuk ambil gambar). Pada waktu siang, korang boleh la ambil gambar di sekitar sini. Kalau waktu malam pula, korang boleh jalan-jalan tengok jualan pasar malam dan sebagainya. Tidak lupa, terdapat juga pelbagai majlis atau festival yang diadakan di China Town ni.
Alamat
Jalan Kampung Cina,
Alamat
Jalan Kampung Cina,
20100 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
9. Perkampungan Gajah Kenyir
Pengkalan Gawi,
9. Perkampungan Gajah Kenyir
Sebagai seorang pencinta alam, Perkampungan Gajah Kenyir ternyata tidak menghampakan. Kunjungan ke sini penuh dengan rasa puas hati sebab dapat berjalan dan menikmati pemandangan tumbuhan hijau yang cantik serta berpeluang untuk melihat persembahan gajah. Gajah di sini memang friendly dan bijak.
Alamat
Pengkalan Gawi,
Tasik Kenyir,
21700 Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman.
10. Taman Tema Air Kenyir
Ini dikira antara tarikan baharu terdapat di Terengganu. Ianya sesuai untuk satu keluarga meluangkan masa bersama kerana tempat ini agak besar dan juga ada pelbagai jenis permainan air yang sesuai untuk kanak-kanak dan juga dewasa. So, kalau plan nak ke taman tema air, boleh la datang ke Taman Tema Air Kenyir.
Tiket Masuk ke Taman Tema Air Kenyir
Kanak-kanak : RM 15.00
Kenyir Water Park,
Alamat
Pulau Poh,
Tasik Kenyir,
Ulu Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Bercakap mengenai apa yang korang boleh terokai di Terengganu, baru-baru ini pameran Beautiful Terengganu 2016 diadakan di Plaza Angsana Johor Bahru dari 23 Mac 2016 hingga 27 Mac 2016. Dengar cerita ianya menerima kunjungan agak ramai.
Apa itu Beautiful Terengganu?
Ia merupakan slogan baharu untuk menyambut tahun melawat Terengganu 2017 (terdahulunya dikenali sebagai Pesona Terengganu). Pemilihan Johor Bahru sebagai lokasi bagi pameran ini adalah kerana Johor Bahru merupakan tempat yang cukup sinonim dengan aktiviti beli-belah dan beriadah. Selain itu, ia juga mampu menarik warga Singapura untuk datang dan turut serta memeriahkan Beautiful Terengganu 2016.
Program selama lima hari ini memberi peluang kepada para pengunjung untuk melihat produk-produk pelancongan Terengganu seperti tempat penginapan, tarikan aktiviti, makanan, pakaian, budaya dan sebagainya yang terdapat di Terengganu.
Tidak lupa juga terdapat seramai 30 usahawan makanan tradisional tempatan dan 100 usahawan produk tempatan turut serta dalam program ini.
Jumlah Pengunjung ke Beautiful Terengganu dari 23 - 27 Mac adalah sebanyak 226,000
Hari pertama : 40,000
Hari ke-2 : 20,000
Hari ke-3 : 50,000
Hari ke-4 : 70,000
Hari ke-5 : 46,000
Apa tunggu lagi. Datang la ke Terengganu!
'Beautiful Terengganu 2016' bakal dianjurka lagi di Dataran Merdeka pada 7 hingga 10 September 2016.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Beautiful Terengganu, boleh layari:
Laman web : www.beautifulterengganu.com
Facebook : www.facebook.com/beautifulterengganu
Twitter : www.twitter.com/tourismtrg
Kos nk pi Pulau Perhentian brape?
ReplyDeleteKami ada menyediakan beberapa maklumat pakej untuk ke Pulau Perhentian, jika encik berminat untuk mengetahui maklumat lanjut tentang pakej Pulau Perhentian, encik boleh menghubungi nombor telefon yang telah disediakan di post kami. Kami juga, menyediakan harga kemudahan pengangkutan untuk ke Pulau Perhentian.
DeletePerhentian kecil & besar mana lagi best dan menarik?
ReplyDeleteIa bergantung kepada minat cik Atiqah. Pada pendapat saya, Pulau Perhentian Besar yang lebih menarik kerana disana lebih sesuai untuk percutian bersama keluarga, bulan madu dan lain-lain. Malah, Pulau Perhentian Kecil lebih sesuai bagi 'backpackers'.
DeleteWow bestnya . Blog yg menarik ��
ReplyDeleteThank you so much!! :)
Deleteperkongsian yang menarik. thanks for the info.
ReplyDeletehehehe your most welcome :)
Deletewow...will be there soon
ReplyDeletetake care & have fun!!!!
Delete